Friday 6 April 2012

BaGaimaNa kiTa beRnAfaS ye??


Proses pernafasan juga dikenali sebagai proses respirasi. Semua benda hidup bernafas dengan tujuan untuk meneruskan hidup. Apabila kita bernafas, kita akan menyedut gas oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air. Untuk membuktikan kita menghasilkan wap air semasa bernafas, kita perlu menghembuskan nafas keluar ke arah cermin yang sejuk. Wap air akan terhasil pada permukaan cermin tersebut. 


Gas oksigen diperlukan oleh badan untuk memecahkan makanan untuk memperolehi tenaga. Tenaga diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti proses tubuh seperti tumbesaran, penyingkiran bahan buangan dan pembinaan sel-sel badan baru.

Organ pernafasan manusia ialah paru-paru. Manusia mempunyai dua paru-paru iaitu kanan dan kiri. Paru-paru merupakan organ yang besar berwarna merah jambu terletak di dalam bahagian dada manusia dan mereka terdiri daripada tisu-tisu lembut.

Saluran sistem pernafasan manusia pula terdiri daripada hidung, mulut, trakea (saluran pernafasan). Rerambut halus di dalam hidung bertindak sebagai penapis habuk dan zarah kecil dari udara.

Proses Pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafasSemasa menarik nafas, dada naik ke atas, tulang rusuk terbuka, paru-paru mengembang, diafragma mengecut, dan udara masuk melalui hidung atau mulut. Udara ketika menarik nafas mengandungi lebih banyak oksigen berbanding udara semasa menghembus nafas. Tambahan itu, semasa menghembus nafas, dada turun ke bawah, tulang rusuk tertutup, paru-paru mengecut, diafragma mengendur, dan udara keluar melalui mulut atau hidung. Udara menghembus nafas mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding udara tarik nafas.
Orang yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina mereka dan keperluan tenaga seperti seseorang memerlukan lebih tenaga jika badan mereka aktif, dan ini menyebabkan kadar pernafasan meningkat.

0 comments:

Post a Comment